Jumaat, 3 April 2009

kehidupan

berbicara tentang kehidupan.
hidup dalam dunia yang penuh pancaroba.
duri-duri sentiasa menikam kaki yang melangkah.
seharusnya ada sifat tabah.
seharusnya ada sifat sabar.
seharusnya ada sifat tidak mengalah.
aku pernah hampir kehilangan sifat-sifat itu.
kerana perjalanan hidup ku.
yang aku rasa sangat memeritkan.
terlalu banyak kekecewaan yang aku alami.
terlalu sakit untuk menanggung semua.
terlalu penat untuk kau meneruskan perjalanan.
tapi....
kini aku masih lagi disini.
menghidupkan semangat yang telah hampir padam.
megubati luka-luka silam.
mencari satu destinasi.
kerana aku sedar.
tiada yang mudah dalam kehidupan.
tiada yang menghulur jika kita berdiam.
bersuaralah.
biarpun suara itu lekat di kerongkong.
walaupun tiada yang mendengar.
kerana suara hati kita.
sentiasa didengari.
ALLAH S.W.T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan