Ahad, 5 April 2009

KENANGAN

kadang-kadang aku x dapat lupa, setiap kenangan yang telah aku cipta. Pahit, manis semua bersama kau. Akan aku bawa selamanya selagi hayat masih ada. Aku cuma boleh menghilangkan sesuatu yang mencetuskan memori aku pada sesuatu kenangan itu.

Hari ini, memori telah terbang dan hinggap pada satu kenangan yang sangat menyakitkan. Suatu cerita yang benar-benar mendera fikiran aku. Cerita mengenai seseorang, cerita tentang kesetiaan, kejujuran, kesungguhan, kepercayaan dan lebih mudah dinyatakan ia adalah cerita tantang CINTA. Cinta yang dikhianati. Ini adalah satu kenangan yang sangat memeritkan, bila ianya diakhiri dengan satu kepalsuan.

Namun aku masih mampu berdiri, dalam keperitan itu. Walaupun tiada yang tahu betapa peritnya situasi yang aku lalui. Hidup tetap aku teruskan, walaupun adakalanya timbul persoalan di fikiran ku.. "haruskah aku teruskan hidup aku? Aku sudah cukup terseksa dengan semua yang aku lalui.."

Ya, hidup mesti diteruskan. Pengalaman menjadi pengajaran. Pengalaman yang tidak mampu dimiliki oleh sesiapa selain aku.

Cuma aku yang tahu, apa yang aku tahu.....

Jumaat, 3 April 2009

kehidupan

berbicara tentang kehidupan.
hidup dalam dunia yang penuh pancaroba.
duri-duri sentiasa menikam kaki yang melangkah.
seharusnya ada sifat tabah.
seharusnya ada sifat sabar.
seharusnya ada sifat tidak mengalah.
aku pernah hampir kehilangan sifat-sifat itu.
kerana perjalanan hidup ku.
yang aku rasa sangat memeritkan.
terlalu banyak kekecewaan yang aku alami.
terlalu sakit untuk menanggung semua.
terlalu penat untuk kau meneruskan perjalanan.
tapi....
kini aku masih lagi disini.
menghidupkan semangat yang telah hampir padam.
megubati luka-luka silam.
mencari satu destinasi.
kerana aku sedar.
tiada yang mudah dalam kehidupan.
tiada yang menghulur jika kita berdiam.
bersuaralah.
biarpun suara itu lekat di kerongkong.
walaupun tiada yang mendengar.
kerana suara hati kita.
sentiasa didengari.
ALLAH S.W.T